Bila ' Wali " menuturkan kata - kata !!
3:33 PTG | Author: Ewadi
Kalau tak silap lepas je Deepavali baru nie,
" Wali " UMNO - Tun Mahathir telah menuturkan kata-kata yang indah dipandang dan sakit di dengar. Yang indah tu bukan apa...Sihat lagi orang tua tu. Mudah2an diberikan kesempatan untuk "Taubat Nasuha ", Setakat berjasa bina Menara berkembar, Trak F1, dan Putrajaya rasanya bukan Fardu Kifayah pun. Bukan 1 jaminan untuk masuk syurga. Tapi orang UMNO pernah ke tanya "WALI" depa nie ada ke cita2 bila mati nak masuk syurga. ...( hessss.. JARI nie tak mau berhenti la pulak ). Yang pedih TELINGA orang yang kena batang hidung, ekor bau taik, dan orang yang sewaktu dengan nya.

"Petikan akhbar Sinar" ketika wartawan tanya beliau pasal Ibrahim Ali ( Ibrahim Katak ) nak masuk UMNO
"Sebenarnya ramai yang LEBIH teruk ada dalam UMNO dari Berahim ( Ibrahim Ali ) yang kat luar UMNO".Dia sahabat baik saya.

Orang UMNO tak risau ke bila "WALI" depa cakap macam tu. Nak tergelak pun ada, terharu pun ada, Maklumla dari berjuta ahli UMNO, mungkin 2 ke 3 kerat je yang hormat 'WALI" nie. Yang lain usah nak temberangla... "wali" nie dah dikirakan bagai 'nyanyuk". Orang ramai suka jemput "wali" nie bercakap bukan pe..kekadang seronok juga dengarceloteh dia. Cukup la ... tu.
Apa yang ku rasa..
2:42 PTG | Author: Ewadi
( Ku tulis selepas terbaca .. Kempen tawan Selangor )

Salam buat kaum seagama.

Aku tak peduli UMNO/PKR/PAS yang aku pentingkan batang tubuhnya sapa. Itu yang kena tanya bila mati nanti. Pada aku Calon tu MESTI/WAJIB
- Islam agamanya ( Kalau yg tak seagama - maaf aku tak mengundi )
- Baik akhlaknya
-Terjaga Sembahyangnya
-Terdidik ahli keluarganya
-Berbudi bahasa dengan masyarakat sekitarnya.

Sekarang nie , kalau pilih parti sama aje CELAKAnya.

UMNO kalau dapat kuasa... macam aladin dapat lampu ajaib.
Bagi 1 nama DUN Umno yang hidup sederhana jujur dan ikhlas . MUSTAHIL kalau ada.... Pening tak kalau DUN UMNO kampung aku 2 dari 5 orang anaknya anak mati pasal HIV akibat kongsi jarum . Orang macam ie ke yang kita kena pilih untuk membela nasib orang seagama dengan kita ?. Kalau mcm nie pun tak boleh jawab. Mati lagi baik.

Aku meluat tengok DUN sekarang nie. Pasalnya..
- Nak bagi bantuan Ibu Tunggal RM 150/Seorang. DUN pakai baju harga RM 500/Helai
- Persiapan Khemah lagi mahal dari jumlah bantuan yang dihulurkan
- Sembahyang kena siapkan saf depan sekali sedangkan datang lambat.

Mereka yang banyak memBEBEL pasal PKR nie MESTI
-Kontrak dah tak dapat.
-Kereta mewah kena tarik.
-Rombongan free Pegi siam/Medan dah tak boleh.Maknanya PANTAT FREE dah tak dapat.( Jangan nak berdalih ) Aku boleh buktikan kat 1 Masjid AREA kelang ( AJK Masjid lantikan Khir Toyo MEMANTAT FREE kat SIAM ).

PAS/PKR pun sama kalau dapat KUASA. tambah kalau dapat microphone. 1 Dunia jaja salah orang. Salah sendiri tak nampak. Tengok je le yang ada depan mata kita. Peruntukan RM500K aje kecoh 1 Malaysia.

Cuma MUNGKIN kalau buat Checklist individu orang PAS nie elok sikit je daripada UMNO/PKR. Tak lah pernah dengar/nampak anak-anak mereka hisap DADAH/TANGKAP KHALWAT/MAIN JUDI/MINUM ARAK/BERCERAI BERAI/RASUAH.....

Puncanya SEMBAHYANG 5 WAKTU mereka jaga . BukanNYA dah berenti jadi DUN baru nak sembahyang. Kita buat simple Matematik @ 1 hari = 24 jam = 5 waktu sembahyang . bermakna lebih kurang setiap 4++ jam dah kena menghadap Tuhan lagi.

Takut juga nak buat benda HARAM nie. Pasal aku campur semua UMNO/PKR/PAS tempat aku . Aku tau BELANG dia orang nie.

Kalau CANTAS menCANTAS nie serah kat orang UMNO, Nak cepat KAYA walaupun pelajaran tak seberapa masuk UMNO.

Kalau nak cepat TERKENAL masuk PKR. Pasal PKR kurang orang.

Kalau nak terBEBAN / HIDUP susah masuk PAS. Kena baca Khutbah, Kena baca Doa Selamat, kena buat Kuliah Subuh, Kena buat Ceramah Agama sana sini. Pendek kata KENA sesaja.

Sebab tu aku PILIH yang mana yang SEAGAMA dengan AKU je. Bangsa tu jangan kira...Tuhan tak tanya engkau bangsa apa. Salah jawab, Munkar/Nakir tu BEDAL aje kerja dia.

Fikirkan la ye...
Inilah madah berhelah yang paling sinonim dengan bangsa kita. Diucapkan oleh bekas PM Tun Mahathir @ Chedet.

Disebalik makna tersirat dan tersurat madah ini sebenarnya terkena batang hidung orang kita juga terutama yang mereka-mereka yang dibantu/ditatang bagai minyak yang penuh oleh kerajaan
.

Tapi peduli apa dengan mereka yang memang dibantu/ditatang oleh kerajaan. Mereka memang begitu. Bebuih mulut bercakap tentang bangsatnya mereka nie. Dia orang peduli apa.
- Dapat share - Jual
- Dapat tanah - Jual balik pada kerajaan ( dengan harga mahal )
- Berniaga lingkup - Jual company pada kerajaan.
- Rasuah - dah jadi kemestian ( nak hantar anak sekolah agama pun bagi rasuah )
- Bagi projek - jadi alibaba.

Apa yang dia orang tak buat. Nak harap orang - orang nie bantu orang kita yang kat kampung tu rasanya macam mustahil. Pernah kah kita dengar Ushawan Agrotani yang dibantu kerajaan beli hasiltani orang kita di kampung2 !. Apek dan Sami aje yang sanggup beli. Kenapa jadi begitu....!!!!!

Semuanya salah orang kita juga ..... Apa salah orang kita ( orang kebanyakkan ) ?
Contoh orang Bagan Pinang Negeri 9... bukan tak di beritahu pasal Ex MB tu. Tapi mereka pilih juga. Kenapa ye.. Buta ke, Pekak ke orang sebangsa dengan aku kat Bagan Pinang tu. Mungkin juga !.

Ahli Koperasi Pulau Lumut ( Negeri Selangor ). alah buat-buat tak tau la pulak ( PKFZ tu la ).
Cuba buat survey ahli Koperasi tu dapat berapa duit ( RM ) hasil jual tanah tu dulu.
Buta ke, Pekak ke orang sebangsa dengan aku kat Pulau Lumut tu. Mungkin juga !.

Stadium kat K Terengganu runtuh.. kan yang buat projek tu orang kita. Betul ke orang kita yang buat ? Ade ke orang K Terengganu tanya benda macam nie....
Buta ke, Pekak ke orang sebangsa dengan aku kat K Terengganu tu. Mungkin juga !.


Kes pemberian tanah lot perumahan di Bukit Botak Selangor. Masuk akal ke budak 10 tahun dapat lot tapak rumah.. Orang Bukit Botak tak tanya ke...
Buta ke, Pekak ke orang sebangsa dengan aku kat Bukit Botak tu. Mungkin juga !.

Tapi betul ke bangsa aku buta dan pekak ATAU ada yang MEMbuta dan MEmekakkan mereka. ?

Siapa ye..... Orang kita juga. Tak kan Apek dan Samy.



KRONI vs KERANA MU
4:43 PTG | Author: Ewadi
Dikhabarkan terjadi di negara ku pada tahun ini 2009, Dibawah tadbiran Ds Najib Razak yang juga menteri hal ehwal $ .....GLC telah " AWARD" kontrak jutaan ringgit pada company yang baru tubuh tahun 2009 dan ketika kontrak itu dianugerahkan company tu belum ada akuan bank pun . Korang yang kat luar tu . tentu tau, kalau akuan bank tak de... mesti segala lesen 2 pun tak de. Khabarnya melibatkan Pejabat Perdana Menteri. ............ itulah namanya KRONI ( yang terjadi diluar batas fikiran dan undang2 Malaysia ).


Itulah yang peliknya :


Sapa jaga GLC ......


Sapa jaga MOF.......


Sapa jaga Pejabat Perdana Menteri .....

Tak kan "DIA" tak tau............KRONI



KERANA MU...


Siapa... ? ? ?


Agama .....


Negara ....


Menteri ....


Mak Bapak ...


Suami / Isteri ....


Anak 2 .........


Kekasih ....




Sendiri jawab..................... jawaban itu menentukan hidup kita di akhirat kelak.


Terkenang masa lalu....
11:07 PG | Author: Ewadi
TERSASUL atau ............ Pemimpin Melayu.

“Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama’ jugak, Mustapha Ali ulamak.” Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”m (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
“Tapi Mufti Selangor (Dato’ Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you’d better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan.”(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

“Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai)“Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya, tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tak boleh tegur. Ini pegawai yang dibayar gaji oleh kerajaan yang dengan mudah menuduh orang itu murtad dan orang ini murtad” (m)
Wabak H1N1
10:50 PG | Author: Ewadi
Wabak H1N1..

1 Malaysia kecoh pasal H1N1. Mcm2 MOH & MOI buat kempen pasal H1N1,
Wabak tetap menyerang 1 malaysia. Tak mengira bangsa,umur dan warna kulit . Tak kira dia suka "BABI" atau apa2 ajelah.

Kuarantin dah buat, "Q" kat KLIA dah buat, Mcm2 dah buat tapi wabak tetap merebak.
Dulu kalau selesema burung.... 1 Malaysia burung kena "bunuh". Sekarang H1N1 napa tak "bunuh" semua babi2 tu ? ... Mana boleh habisla jawatan "komersial" aku.

Rasanya kaedah menyiarkan "WAJAH & ALAMAT" di akhbar2 tempatan lebih berkesan.
Contohnya :

"SENARAI PESAKIT POSITIVE H1N1"
....Jangan hampiri mereka....
-:1:-
Polan bt Polan
Alamat , xxxx 1 Malaysia
Tarikh dijangkiti : 1-ogos-2009
Tarikh bebas penyakit : 9-ogos-2009
..............................................
Senarai sah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Tapi boleh ke buat cam tu... ?
Kenapa tak boleh ?
Nanti ramai lawyer yang "tak punya nama" nak saman kerajaan. Ramai "NGO" kata mencabul hak asasi manusia.
Itu senang aje....
Macam mane .... ?
Kita longgokan pesakit H1N1 di rumah lawyer tu ATAU kat rumah NGO tu. Lagi pun Hospital Kerajaan dah penuh. Hospital swasta tak terima pesakit H1N1. Mungkin ada lawyer tu boleh saman Virus tu pulak pasal pe serang manusia.
Boleh ke cam tu....!!!
Pasal ape tak boleh... Lawyer 1 Malaysia sekarang nie apa yang tak boleh, Kes atas langit, kes dalam tanah dia orang boleh buat. Kes yang nak jadi tahun depan pun dia orang boleh bawa ke court sekarang . apa lagi kes depan mata. Engko heran ke..
Mengarut la cam tu... Tapi pasal ape kempen kerajaan tak berkesan...?
Macam nie le. 1 keluarga 5 orang yang positive 1 orang... so 1 rumah kena kuarantine. Pegawai MOH tak pantau atau letak Staff 24 jam jaga rumah tu.. Keluarga nie keluar rumah.. gi pasar malam, makan KFC/McD bebas kesana kemari. Konon keluarga berikan kerjasama dan rasa bertanggungjawab... Bila pulak orang 1 malaysia nie berkerjasama dan bertanggungjawab. Bagi contoh kat aku. Tak kiralah pemimpin atau rakyat jelata.
Ye tak ye jugak ye.

Hapuskan ISA
10:12 PG | Author: Ewadi
Kuala Lumpur kecoh lagi....

Semenjak DSAI "bebas" sebagai warganegara demokrasi . Kaedah " Melolong dijalanan" menjadi sebahagian budaya orang malaysia ( hakikatnya melayu je yg ramai ) Bangsa lain tu tunggu hasil je. Depa peduli apa...

Akibat DSAI punya "usaha angkara" ,Cuba kita fikir dan perhati apa yang telah terhasil disekeliling kita,

_MIC tewas teruk pada PR 12.... DSSV minta mcm2 kat kerajaan BN . Hampir dapat semua.
_MIC minta rakan sebangsa dia bebas ISA ..... berjaya juga
_MCA pun 2 x 5... DSOTK minta
peruntukan tambahan utk sekolah Cina .. dapat juga.
_MCA minta tambahn kuota biasiswa JPA ..... khabarnya berjaya juga
_Pemansuhan PPMSI .... berhasil juga walaupun lambat perlaksanaannya.
_Penambah baikan sistem kehakiman / SPRM/PDRM dan lain2 agensi berjalan walaupun "slow"
_Konon PM nak sediakan PENTAS untuk "bertempik" sampai pagi... yang nie agak heran pasal budak UM

hampir kena gantung belajar kerana " komen DSRM isteri PM.

Agaknya kalau tak dibuat "melolong dijalanan" nie apakah benda 2 diatas tu akan berhasil.

Sekali pandang macam OK.
2x pandang 50:50.
3x pandang Melayu rugi.

Kenapa MELAYU rugi.... Kerana KESAN/HASIL nya MIC/MCA yang dapat.

Melayu dapat apa ? Cuma
- T-Shirt percuma.
- Cap percuma.

- Tempat tinggal percuma " Lokap"

Kesian BANGSA AKU.

Apakah pemimpin BN tak pernah terfikir benda/isu yang menyebabkan "melolong dijalanan" ini berlaku. Kan selalu di KEMPEN kan

_Katanya 1 MALAYSIA,
_Katanya "Rakyat diutamakan"

Sebenarnya ... "POKET / HARTA " kita tambah dan sembunyikan, RAKYAT kita perbodohkan. - Itulah slogan sebenar pemimpin MELAYU.

Sebenarnya... Nak kaya atau nak berjaya berniaga tak perlu lulus IPTA atau ada MBA/PHD memadai masuk parti MELAYU. Lepas tu "BEREBUT" jadi pemimpin. Kalau dah ter PILIH
Kalau TAK KAYA memang itulah MELAYU paling BODOH kat tanah melayu nie.

Tanya dengan hati yang JUJUR dan IKHLAS . Apa yang aku telah perjuangan untuk
...... DIRI ku
...... AGAMA ku
...... BANGSA ku
...... NEGARA ku

Jawabannya :
..... DIRI ku... Telah punya harta berjuta / Mahligai di puncak .
...... AGAMA ku .... JAKIM yang uruskan.
...... BANGSA ku .... Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat yang uruskan
...... NEGARA ku ... napa aku pulak yang kena fikir ?

Kenapa ORANG MELAYU tak NAK mengaku benda nie ?
Mengutuk Ulama vs Mengutuk Ahli Politik
3:29 PTG | Author: Ewadi
Sejak 2-3 hari heboh akbar semalaysia memperkatakan pasal perkataan "jahanam"
(Yang pasti akhbar yang kaya , pasal orang yang bercakap pasal "jahanam" akan beli ruangan dalam akhbar supaya ulasan mereka disiarkan. Biasa la tu... tak kan baru tau ).

Muncul 2 orang pandai "Melayu" yang konon lebih "Melayu" dan lebih "Islam" dari orang lain
a-Sorang dari "benua" lain
b-Sorang dari "planet" lain

Yang herannya TV3 / RTM pasti cari depa 2 orang nie kalau nak serang balas pada orang tua dari Kelantan tu.

Kita pun kena pandai menilai. Org tua dari Kelantan nie kadang2 dia cakap ikot dan dia je. Yang senang tengok waktu dia bercakap masa bila. Kalau tengah ceramah politik - dia jadi orang politik. Kalau masa ceramah agama... ( Tak pernah kot pasal pemberita takut nak tanya, Pasal ramai pemberita nie pompuan , lepas tu tak tutup aurat, Kalau pemberita lelaki pun tak cukup ilmu didada mungkin takut juga nak tanya. Takut orang tua nie soal balik bab agama... masa tu camera pun boleh berpeluh. Tambahan pula pemberita tu memang jenis "Tukang Laga ".Pemberita jenis nie tak kira, janji bos suka je... Dia tak ingat "suatu masa nanti 2 malaikat berlaga nak belasah dia. Insaf la..). tak pernah la pulak orang tua bercakap yang tak manis telinga nak dengar. Tapi kalau terkena batang hidung nak buat camne...Orang salah memang kena tegur selalu . 1x,2x tegur tak berubah .. apalagi "kutuk" je la. Moga2 cepat sedarnya.

Malam nie (malam Jumaat ) Masjid tempat orang tua tu kat Kelantan penuh juga orang yang dengar pengajian nya.

Tapi kalau kita perhatikan.. Yang selalu jawab teguran orang tua nie. TPM sorang je. PM dok "cool" je. Takut2 TPM nie yang pendek penggal TPM nya.

Sama2 lah kita tunggu apa kesudahan "Drama Jahanam" nie. Tak lama lagi kot......
Gambar Kepala Raja kat duit note RM
11:42 PG | Author: Ewadi
Pernahkah kita terfikir dan bertanya ? Muka siapakah itu.
Masing 2 kata kan itu gambar Yang Dipertuan Agong Pertama Malaysia lepas negara kita merdeka.



YDP Agong nie orang mana ? Maksudnya Sultan Negeri mana ?
Ramai yang jawab... Sultan @ Yang DiPertuan Besar N9 la... pandai nya. Bagus.



Yang DiPertuan nie asal keturunan mana / suku / negara mana ?
Setengah nya yang jawab... Minangkabau la. Sumatra.


Oh... Orang Indon ke !!!. Orang Melayu Malaysia tak leh jadi Sultan ke..?
Ada yang jawab.. Aku pun heran juga orang Melayu nie datang / turunan dari mana ye.

Habis Sultan kat negeri lain tu dari mana ye ?... Orang Melayu ke ?.. pasal apa kita panggil raja-raja Melayu ?.
Ye tak ye jugak ye. Sultan Selangor/Johor/Pahang ...bugis belaka. Sultan yang lain tu tak la pulak.

Habis tu yang di panggil Raja-raja Melayu tu yang mana ?
*%#@&^!!!???????. Mamak panadol 2 biji.
MATE & SAINS DALAM DWI-BAHASA
9:59 PG | Author: Ewadi
* Ini bukan artikal ilmiah .. sekadar pandangan dan pengalaman "
Arahan dari Kem Pendidikan bermula tahun depan, Matematik & Sains diajar dalam Dwi-bahasa bertujuan untuk membiasakan murid2 kerana matapelajaran tersebut akan di ajar semula dalam BM mulai 2012.
Yang sebenarnya....
Semenjak 2 mata pelajaran ini diajar dalam Bahasa Inggeris. Guru telah mengajar subjek ini dalam dwi-bahasa. Pasal Guru2 sendiri kekok dan masih ramai yang terkelu lidah nak bertutur dalam bahasa Inggeris . Sebabnya guru nie dulu belajar kat Maktab Perguruan, Universiti ( Diploma Pendidikan ) untuk memahirkan diri mereka dengan ilmu pendidikan masih diajar dalam Bahasa Melayu.
Tak percaya tanya anak2 kita yang UPSR 2005 sampai sekarang ni. Yang heran PPD / PPN tak tau ke ?. Tak pernah bagi report ke masalah ni kat pihak atasan. Mungkin masa zaman "batu" dulu semua Pegawai PPD/PPN kena "YES Man" kalau tidak, pangkat tak naik, dan paling teruk kena pindah ke sekolah ulu banat tempat "jin bertendang ".
2 - 3 hari "pelopor cadangan" telah buat undian untuk cari penyokong siapa yang tak setuju ia dimansuhkan.
Kononya hampir 80% dari 85,000 ibu bapa yang setuju dikekalkan. Cuba tanya yang vote nie.
# Berapa jauh rumah mereka dari bandar.
# Berapa % parent tu yang terdedah dengan baca akhbar/ Majalah dalam bahasa inggeris dalam seminggu.
# Rumah ada ASTRO tak .
# Rumah mereka ada sambungan internet tak ?
# Anak 2 mereka bawa handphone tak ke Sekolah atau menguna handphone di rumah ?
# Dalam sebulan berapa X mereka bawa anak2 tengok wayang/makan McD,KFC, etc .
Yang kita perjuangkan UNTUK anak Melayu yang duduk dan tinggal kat hulu kampung, Yang tengok "handphone" pengsan, nampak McD/KFC kata haram. Tak kenal internet, Nampak majalah / akbar dalam bahasa Inggeris terus buang. Mereka nie akan terus tertinggal.
Bukan B.Inggeris tak penting tapi persiapan untuk melaksanakan perlu rapi. Sekurang2nya 5 tahun persediaan baru boleh dilaksanakan itu pun jangan babitkan Sains dan Matematik carilah kaedah lain.
Cerita lucahnya...
Dulu mak bapak yang undi tu pun.
Nak kahwin, berkenalan dulu lepas tu bertunang, baru nikah, dah sah nikah baru masuk bilik, geli2 dulu masuk boleh sondol masuk.. Itu pun everage mereka tu kahwin umur 25 keatas. Cuba lah bapa2 yang vote tu tangkap bini tu malam nie.... terus rodok aje boleh ke !!!!
Bengong betul... anak kita kecil lagi.. Anak2 kecil nie dilatih dan di ajar BUKAN di paksa.
Dia orang setuju dengan "Tun" yang dah memang Inggeris tu bahasa mak pak dia... Dulu kecik2 lahir je terus azankan kat telinga azan dalam bahasa Inggeris. ( Maaf la geram....)
Sedarla sikit ooi.
'Halwa"
10:34 PG | Author: Ewadi
Sekarang nie 1 Malaysia di sajikan dengan bermacam "halwa" antaranya,

1- "Halwa Telinga"
Chef nya : TPM dikempen N41 - Manek Urai .
Macam2 gebang dia. Semuanya "Boleh" janji BN dapat undi, Tapi biasalah orang kemaruk
memang macam tu, Apa nak heran.
Pembantu Chef pula terdiri dari RTM/Kementerian Pendidikan/ dan macam agensi lain
maklum Chefnya TPM... Apa yang kita takuti " HALWA" ni boleh basi.... Tapi biasanya
"Halwa" jenis memang mudah basi.

2- "Halwa Mata"
Chef nya : Bekas MB Selangor
Macam2 "celok" ex nie buat tapi asyik jumpa "selekoh tajam dan berpasir ". Bahaya tu.
Orang baru dapat "lesen" dan bawa kenderaan besar memang macam tu. Maklum ghairah
dah ada "lesen" . Kita dulu pun macam tu juga , dapat "lesen motor" terus nak pusing
Malaysia. "Jenuh berbuih" mak bapak bagi nasihat... tapi akhirnya kita dengar "cakap". Pasal
duit masih mak bapak bagi.
Chef nie tak kisah sangat pasal " duit " belanja orang bagi, Apa kira keliling dunia la dia.
Maklum bila "banyak merantau banyak pengalaman". Pengalaman yang sebenarnya "luar
biasa" pasal orang lain jarang dengar dan nampak pelik . Antaranya
# " 1 outlet Dentist " boleh jana RM 50K sebulan. Ramainya orang Malaysia ada masalah
gigi ! .
# Beli "tanah" separuh harga dari harga pasaran. Dermawan nya Dato' Samsudin Royani -
tokeh "real reward" nie. Ada de ke lagi tanah Dato yang nak jual "separuh harga" ?. Apa
istimewanya "Ex MB ni" ????. Pening juga nak fikir. Rasanya tak payah lah sampai nak
tekan calculator cuma "tekan Kontraktor".
# Yang bagi "lesen" mula bengang, Maklum yang bagi "lesen" pun apa kurangnya. Tapi nak
lawan tokeh. Pasal dulu seingat "Tun" nie sut nak angkat sumpah ambik "lesen" pun utang
dulu ( orang lain tolong bayar ).
Kita tunggu aje le... Takut lepas "corner" tu jalan mati. Pening Beb.
Ikan keli makan " Babi "
9:44 PG | Author: Ewadi
Ikan keli makan "babi"

Yang bela sape ?
Yang jaga kolam sape ?
Yang bekalkan ke pasar sape ?
Yang beli sape ?
Yang makan ikan keli sape ?

Kat mane lucu dan kalutnya bangsa kita...

Yang bela ........... Cina
Yang jaga kolam ....... Indon/Islam rumpun melayu juga
Yang bekal ke pasar ........ Orang Melayu juga..
Yang beli ......... orang melayu juga
Yang makan ikan keli............. Orang melayu juga.. Cina / India jarang-jarang makan.

Yang sibuk nak jatuh hukum... 2 orang alim melayu.

Soalnya .... tak de ke orang Melayu yang bela ikan keli.... Mustahil..
Dah tu nape beli kat bangsa tu... Lain ke rasanya keli melayu ?

Bodoh betul bangsa aku nie....

Pening pala hotak aku....