Kuala Lumpur kecoh lagi....
Semenjak DSAI "bebas" sebagai warganegara demokrasi . Kaedah " Melolong dijalanan" menjadi sebahagian budaya orang malaysia ( hakikatnya melayu je yg ramai ) Bangsa lain tu tunggu hasil je. Depa peduli apa...
Akibat DSAI punya "usaha angkara" ,Cuba kita fikir dan perhati apa yang telah terhasil disekeliling kita,
_MIC tewas teruk pada PR 12.... DSSV minta mcm2 kat kerajaan BN . Hampir dapat semua.
_MIC minta rakan sebangsa dia bebas ISA ..... berjaya juga
_MCA pun 2 x 5... DSOTK minta
peruntukan tambahan utk sekolah Cina .. dapat juga.
_MCA minta tambahn kuota biasiswa JPA ..... khabarnya berjaya juga
_Pemansuhan PPMSI .... berhasil juga walaupun lambat perlaksanaannya.
_Penambah baikan sistem kehakiman / SPRM/PDRM dan lain2 agensi berjalan walaupun "slow"
_Konon PM nak sediakan PENTAS untuk "bertempik" sampai pagi... yang nie agak heran pasal budak UM
hampir kena gantung belajar kerana " komen DSRM isteri PM.
Agaknya kalau tak dibuat "melolong dijalanan" nie apakah benda 2 diatas tu akan berhasil.
Sekali pandang macam OK.
2x pandang 50:50.
3x pandang Melayu rugi.
Kenapa MELAYU rugi.... Kerana KESAN/HASIL nya MIC/MCA yang dapat.
Melayu dapat apa ? Cuma
- T-Shirt percuma.
- Cap percuma.
- Tempat tinggal percuma " Lokap"
Kesian BANGSA AKU.
Apakah pemimpin BN tak pernah terfikir benda/isu yang menyebabkan "melolong dijalanan" ini berlaku. Kan selalu di KEMPEN kan
_Katanya 1 MALAYSIA,
_Katanya "Rakyat diutamakan"
Sebenarnya ... "POKET / HARTA " kita tambah dan sembunyikan, RAKYAT kita perbodohkan. - Itulah slogan sebenar pemimpin MELAYU.
Sebenarnya... Nak kaya atau nak berjaya berniaga tak perlu lulus IPTA atau ada MBA/PHD memadai masuk parti MELAYU. Lepas tu "BEREBUT" jadi pemimpin. Kalau dah ter PILIH
Kalau TAK KAYA memang itulah MELAYU paling BODOH kat tanah melayu nie.
Tanya dengan hati yang JUJUR dan IKHLAS . Apa yang aku telah perjuangan untuk
...... DIRI ku
...... AGAMA ku
...... BANGSA ku
...... NEGARA ku
Jawabannya :
..... DIRI ku... Telah punya harta berjuta / Mahligai di puncak .
...... AGAMA ku .... JAKIM yang uruskan.
...... BANGSA ku .... Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat yang uruskan
...... NEGARA ku ... napa aku pulak yang kena fikir ?
Kenapa ORANG MELAYU tak NAK mengaku benda nie ?
|
This entry was posted on 10:12 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
0 comments: